Wakaf Telaga As Salam Untuk Syria
Donation
Raised
100.00%
Raised:
RM24,930.00 Goal:
RM0.00
RM24,930.00 Goal:
RM0.00

Kemusnahan infrastruktur air akibat perang di Syria menggerakkan hati kami di Malaysia For Syria (MFS) untuk membangunkan projek Telaga As Salam 4.0. Projek telaga air ini bakal dibina di utara Syria iaitu daerah Aleppo yang bakal memanfaatkan lebih 1,000 buah keluarga pelarian Syria.
Air sangat penting dalam kehidupan seharian setiap manusia. Boleh bayangkan kehidupan seharian kita tanpa air? Susah bukan? Banyak kegunaan dan kepentingan air yang pelarian-pelarian Syria belum dapat kerana mereka tidak mempunyai sumber bekalan air bersih untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa.
Urusan aktiviti seharian malah untuk melancarkan amal ibadah mereka juga tidak dapat dilakukan dengan sempurna tanpa bekalan air yang bersih. Oleh sebab itu telaga air bersih ini tersangat penting buat pelarian-pelarian Syria.
14 buah telaga air bersih lagi bakal kita bina dalam Syria kerana mereka disana benar-benar terdesak memerlukannya. Tolong kami untuk bantu memudahkan urusan seharian mereka di Syria.
Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air (sedekah air).” (HR Abu Daud)
Justeru, kami di MFS menyeru kepada para dermawan Malaysia yang prihatin dan baik hati agar menyokong pembinaan telaga air ini sebagai tanda rasa peduli dan ehsan anda bagi membantu saudara-saudara Syria kita.
RM100/ Slot Telaga Mawaddah
Sasaran : RM1,000,000
Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Untuk mengetahui kemaskini pembangunan projek-projek jangka masa panjang untuk Syria, anda boleh mengikuti kami di lama Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram Malaysia for Syria.