Program Derma Darah
Donation
Raised
100.00%
Raised:
RM855.01 Goal:
RM0.00
RM855.01 Goal:
RM0.00
Program derma darah yang dianjurkan oleh Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
adalah inisiatif nasional yang objektif utamanya ialah memastikan bekalan darah yang
selamat, berkualiti, dan mencukupi untuk keperluan perkhidmatan kesihatan awam dan
swasta.
Program ini menggalakkan budaya derma darah secara berterusan melalui Kerjasama
pelbagai pihak termasuk KKM, PDN, organisasi badan bukan kerajaan, institusi pendidikan,
syarikat korporat, kelab komuniti, dan masyarakat umum.
Derma darah dilakukan mengikut garis panduan klinikal antarabangsa serta standard
keselamatan pesakit, penderma, dan darah yang dipegang oleh PDN sebagai pusat rujukan
darah nasional. Orang ramai dijemput menyertai program ini melalui sumbangan kewangan
dan derma darah.
Matlamat Program
- Memupuk budaya derma darah berkualiti melalui Kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia, dan Pusat Darah Negara.
- Menyediakan proses derma darah selamat, beretika, dan berintegriti; memberi
pengiktirafan melalui sijil penghargaan dan beg saguhati.
- Menjamin bekalan darah mencukupi untuk perkhidmatan kesihatan negara dan
situasi kecemasan.
Manfaat kepada penderma
- Sijil penghargaan rasmi dan beg saguhati.
- Maklumat kesihatan ringkas semasa pemeriksaan derma.
- Kepuasan pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT melalui ihsan kemanusiaan
- Ikhlas, ukhuwwah, taqwa, dan sedekah amalan memberi ganjaran disisi Allah.
- Derma darah dianggap ibadah ihsan yang memberi manfaat nyawa insan.
Manfaat kepada penerima
- Akses darah selamat, berkualiti, dan tepat pada masanya.
- Sokongan bekalan darah untuk operasi, kecemasan, dan rawatan penyakit.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tarikh,masa dan lokasi program sila hubungi pejabat PKRM 03-21644999 atau melalui emel urusetia@rakyatmalaysia.org.my.