Cover

Kongsi kasih Infaq Al Quran Ramadan

Donation Raised 100.00%
Raised:
RM913.88
Goal:
RM0.00
Logo
180 Person Donated
Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan peluang untuk melipatgandakan amal
kebajikan. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, Kempen Kongsi Kasih: Infaq Al-Quran dianjurkan bagi
mengajak masyarakat bersama-sama menyumbang dalam usaha menyebarkan cahaya Al-Quran kepada
golongan yang memerlukan.

Melalui kempen ini, sumbangan yang diterima akan disalurkan untuk penyediaan dan pengagihan naskhah
Al-Quran kepada pelajar, institusi pendidikan, pusat pengajian serta komuniti yang mempunyai keterbatasan
akses terhadap bahan bacaan Al-Quran yang berkualiti dan mencukupi.Infaq Al-Quran merupakan satu
bentuk sedekah jariah yang berpanjangan manfaatnya. Setiap huruf yang dibaca, setiap ayat yang dipelajari
dan setiap ilmu yang diamalkan daripada naskhah yang diinfaqkan berpotensi menjadi asbab pahala yang
terus mengalir kepada para penyumbang, insyaAllah.

Kempen ini bukan sekadar satu sumbangan material, tetapi satu usaha murni untuk menyemai kecintaan
terhadap Al-Quran, memperkukuh pendidikan Islam serta menyantuni mereka yang memerlukan sokongan
dalam mendalami kitab suci ini.

Sehubungan itu, kami menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menjayakan Kempen Kongsi Kasih:
Infaq Al-Quran dengan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Setiap sumbangan, sama ada
kecil atau besar, amat bermakna dalam memastikan lebih ramai menerima manfaatnya.

Semoga segala sumbangan yang diberikan diterima sebagai amal soleh dan menjadi saham akhirat yang
berkekalan. Salurkan sumbangan anda melalui platform ini dan jadilah sebahagian daripada usaha
menyebarkan hidayah.

Details

Select donation amount:

MYR