KEMPEN JOM INFAK SUSU,PAMPERS UNTUK PESAKIT TERLANTAR 2026
Donation
Raised
100.00%
Raised:
RM6,135.50 Goal:
RM0.00
RM6,135.50 Goal:
RM0.00
MyKasihCare telah berpengalaman sejak tahun 2019 dalam menguruskan pesakit terlantar serta membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui Pusat Hentian Bantuan MyKasihCare yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat, pelbagai bantuan kelengkapan perubatan disediakan secara PERCUMA seperti kerusi roda, susu pesakit, pampers, tilam, katil pesakit, mesin sedut kahak, oxygen unit dan bantuan keperluan asas lain. Ramai pesakit terlantar dan keluarga kurang berkemampuan bergantung harapan kepada bantuan ini untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa dan bermaruah. Ada yang tidak mampu membeli susu, ada yang memerlukan pampers setiap hari, malah ada yang terlantar tanpa kerusi roda dan bantuan oxygen. Dengan sedikit infak dan sumbangan daripada orang ramai, ia mampu menjadi sinar harapan buat mereka yang sedang diuji dengan kesusahan dan kesakitan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261: “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang Dia kehendaki.” Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangkan harta.”
Setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu meringankan beban pesakit terlantar, malah menjadi amal jariah yang berpanjangan di sisi Allah SWT. Bantuan ini adalah untuk semua bangsa dan diberikan tanpa bayaran kerana kami percaya setiap insan berhak menerima kasih sayang, perhatian dan bantuan ketika diuji. Bersama-sama kita menjadi asbab kebahagiaan dan kekuatan buat mereka yang memerlukan. Jom Infaq, Jom Bantu.