Cover

Infaq Kos Operasi Dan Pengurusan

Donation Raised 28.37%
Raised:
RM2,836.59
Goal:
RM10,000.00
Logo
570 Person Donated
Antara cabaran besar mengendalikan NGO kebajikan adalah untuk mendapatkan sumbangan bagi membiayai kos operasi. Biasanya, mereka yang mahu membantu ingin memberikan 100 peratus sumbangan kepada penerima sumbangan kebajikan atau golongan kurang bernasib baik yang berkenaan.

Pihak NGO jarang sekali menerima sumbangan bagi membiayai kos operasi seperti gaji atau elaun petugas sepenuh masa juga bayaran bil telefon, elektrik dan air pejabat serta kos-kos operasi lain Maka, akhirnya dan selalunya duit poket sendiri yang terpaksa dikeluarkan bagi membiayai kos operasi itu.

Hakikatnya, sumbangan menampung kos operasi juga akan mendapat ganjaran, InsyaAllah kerana NGO saban masa membantu mereka yang memerlukan. Tidak hanya berkorban masa dan tenaga, mereka juga berkorban duit bagi memastikan setiap aktiviti yang dicadangkan berjalan dengan lancar.

Sememangnya penglibatan dalam NGO sebegini atau apa hal sekalipun memerlukan minat dan kemahuan yang mendalam kerana itulah yang akan memastikan kelestarian satu-satu badan NGO.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan. Marilah kita sama-sama membantu. Jika tidak mampu mencurahkan masa dan tenaga, sumbangkanlah sedikit yang mampu. Moga diterima sebagai sedekah jariah, bekalan di sana nanti.

Details

Select donation amount:

MYR