Cover

Indahnya Memberi Kembali Mensyukuri

Donation Raised 13.96%
Raised:
RM8,374.50
Goal:
RM60,000.00
Logo
1180 Person Donated
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) (PPM-002-10-12021969) adalah sebuah organisasi amal bukan berasaskan keuntungan yang berdedikasi untuk membantu rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan buah pinggang diperingkat akhir (ESRD), dan untuk yang tidak mempunyai akses atau tidak mampu membayar rawatan dialisis.

Oleh yang demikian, NKF memerlukan perbelanjaan tahunan lebih daripada RM30 juta untuk menanggung operasi yayasan kami yang kini memberi subsidi kepada rawatan dialisis lebih daripada 1,700 pesakit dalam 29 pusat-pusat yang terletak di seluruh negara.

Daripada RM30 juta tersebut, sebanyak RM26.5 juta dibelanjakan secara langsung untuk membiayai kos dialisis bagi 1,700 pesakit. Bersama dengan subsidi, perbelanjaan yang berkaitan dengan dialisis seperti dialisis pakai buang & farmaseutikal, ujian darah, yuaran ahli nefrologi, pelupusan sisa klinikal, penyelenggaraan peralatan perubatan, sewa premis, air dan elektrik, pemeriksaan kesihatan dan penjagaan kejururawatan menelan kos yayasan sebanyak RM30 juta secara keseluruhan.

Selain daripada itu, terdapat juga subsidi yang diberikan kepada anak-anak persakit untuk tujuan pendidikan :
Sek Rendah : RM120 / setiap seorang
Sek Menengah : RM150 / setiap seorang

Pihak NKF juga ada menyediakan subsidi makanan untuk pesakit yang mengalami kekangan kewangan. Berikut adalah cara untuk membantu pesakit dan keluarga pesakit di NKF:
Kos untuk sebulan : RM300.00 (minimum)
Kos untuk 3 bulan : RM900.00

Details

Select donation amount:

MYR