Cover

Dialisis @ MyRumah (Peritoneal Dialysis)

Donation Raised 0.54%
Raised:
RM5,206.50
Goal:
RM960,000.00
Logo
592 Person Donated
Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) diuruskan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Alhamdulillah, ketika ini sebanyak 20 rangkaian KWAN telah beroperasi di seluruh Malaysia termasuk 10 daripadanya adalah Klinik Bergerak.

Sehingga Disember 2023, sebanyak lebih 1.93 juta rawatan telah diberikan kepada pesakit yang memerlukan dan lebih 167,000 merupakan rawatan kepada pesakit bukan Islam. Selain itu, terdapat KWAN yang turut dilengkapi dengan pusat dialisis. Sehingga kini, sebanyak 8 buah pusat dialisis telah beroperasi di seluruh Malaysia dengan kapasiti 64 mesin dan terdapat keperluan tambahan untuk beberapa pusat dialisis. Kadar caj rawatan di rangkaian KWAN adalah RM10.00 dan RM130.00 bagi rawatan di pusat dialisis.

Dalam usaha mengembangkan lagi manfaat menerusi bidang kesihatan ini khususnya kepada golongan kurang berkemampuan ini, Waqaf An-Nur telah meneroka alternatif baru bagi membantu mereka yang berdepan dengan masalah mendapatkan rawatan buah pinggang dengan menawarkan tajaan rawatan dialisis menerusi kaedah Dialisis Peritoneal.

Kos rawatan dialisis pertoneal ini adalah RM4,000 sebulan bagi seorang pesakit. Pesakit yang menerima rawatan ini akan diberikan tunjuk ajar oleh doktor dan jururawat serta dipantau oleh Pakar Nefrologi.

Sasaran jumlah pesakit seramai 20 orang dengan anggaran jumlah keseluruhan kos sebanyak RM960,000 bagi tempoh rawatan selama 12 bulan. Sumbangan yang diberikan layak menerima pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Details

Select donation amount:

MYR