Dana Pengurusan dan Perbelanjaan Harian Rumah Anak Anak Yatim Mak Teh Perlis
Donation
Raised
2.30%
Raised:
RM2,300.45 Goal:
RM100,000.00
RM2,300.45 Goal:
RM100,000.00
PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH ANAK YATIM MAK TEH PERLIS
LOT 1573, BUKIT BESI HANGIT, JALAN RAJA MUDA, 01000 KANGAR PERLIS
1. Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1990, bertempat di alamat No.1, Jalan Dato Wan Ahmad Kangar Perlis, iaitu bekas rumah kediaman Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad b. Mohd Hashim. Rumah ini diubah suai dan dijadikan asrama bagi penempatan anak-anak yatim. Pada permulaannya seramai 18 orang yang terdiri dari anak-anak yatim lelaki sahaja dari seluruh negeri Perlis. Antara kemudahan yang disediakan semasa beroperasi dirumah ini ialah:-
1.1 Memberi perlindungan dan memelihara anak-anak yatim yang miskin.
1.2 Mendidik dan memberi pelajaran kepada anak-anak yatim yang miskin untuk memperbaiki nasib dan masa depan mereka.
1.3 Memberi bantuan berupa material dan perkhidmatan kepada anak-anak yatim
2. Oleh kerana keadaan asrama anak yatim yang dahulu itu didapati tidak sesuai diduduki dengan keadaan ciri-ciri keselamatan terhadap penghuninya, maka pihak pertubuhan ini tidak dapat menjalankan aktivitinya sejak tahun 1999.
3. Semua anak-anak yang tinggal di asrama ini dihantar pulang ke rumah waris masing-masing dengan diberi bantuan bulanan kepada mereka bagi meneruskan persekolahan sehingga mereka dapat melanjutkan pelajaran ke institut kemahiran dan ke pusat-pusat pengajian tinggi awam atau swasta.
4. Selepas dari itu pihak pertubuhan ini telah merancang untuk membina asrama baru bagi menempatkan anak-anak yatim di atas sekeping tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang bermula dari tahun 2001.
5. Bangunan asrama baru pertubuhan ini adalah atas daya usaha Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad selaku Yang DiPertua Pertubuhan ini telah berjaya mengumpulkan dana hasil dari sumbangan badan-badan korporat dan orang perseorangan. Kerja pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 2001 dengan anggaran kos RM 2.45 juta. Asrama ini siap dibina pada penghujung tahun 2009 dan telah beroperasi pada 18 Mac 2010 dan telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 21 Mei 2010. Pada awal pembukaan, anak-anak yatim yang tinggal di asrama ini adalah seramai 16 orang yang terdiri dari anak-anak yatim perempuan dan berumur dalam lingkungan 13-17 tahun.
6. Pada setiap tahun akan ada pertambahan anak-anak yatim berdasarkan dari kekosongan tempat dan juga kelayakan akademik (berdasarkan keputusan UPSR) Pada masa sekarang, Asrama ini telah mempunyai seramai 16 orang anak yatim. Mereka terdiri dari anak-anak yatim dari seluruh negeri Perlis.