Dana Pengurusan dan Perbelanjaan Harian Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar
Donation
Raised
2.27%
Raised:
RM2,266.55 Goal:
RM100,000.00
RM2,266.55 Goal:
RM100,000.00
Idea pembinaan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar (juga dikenali sebagai P.K.A.Y.I.M.) ini tercetus daripada tiga orang dalam satu pertemuan. Mereka ialah YB Dato’ Abd Razak Hj. Abdullah, Pegawai Daerah Muar, YB Tun Sulaiman Ninam Shah dan Tuan Hj. Abd Ghafar Ali. Mesyuarat telah diadakan pada 6 April 1979 di rumah YB Tun Sulaiman Ninam Shah dengan kehadiran seramai 46 orang lagi. Dalam pertemuan itu, mereka bersetuju untuk membina Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam (P.K.A.Y.I.M). Pada 19 Mei 1980, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan beralamat Balai Masjid Jamek, Bandar Maharani, Muar kerana ketika itu P.K.A.Y.I.M belum mempunyai bangunan sendiri. Manakala, pada 11 November 1981, pejabat sementara P.K.A.Y.I.M yang pertama terletak di rumah Tuan Haji Abd Ghafar Ali di No.40, Jalan Sulaiman, Muar. Pada tahun 1981, jawatankuasa P.K.A.Y.I.M telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Johor untuk membeli dua buah banglo di No. 18, Jalan Petri dan No. 24, Jalan Majidi, Muar untuk dijadikan asrama P.K.A.Y.I.M. Kedua-dua bangunan berharga RM200, 000.00 yang kemudiannya diserahkan secara keseluruhan kepada Jabatan Agama Johor sebagai pemegang amanah dan kemudiannya diserahkan kepada P.K.A.Y.I.M untuk menguruskan asrama.