MASJID AN-NUR BANDAR PASIR GUDANG
Donation
Raised
2.85%
Raised:
RM2,854.33 Goal:
RM100,000.00
RM2,854.33 Goal:
RM100,000.00
Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang mula dibina pada 1989 dengan kos RM 3.5 juta dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1991. Masjid ini boleh menampung 1,300 jemaah dalam satu-satu masa. Masjid yang pertama dibina di Pasir Gudang oleh Johor Corporation melalui PBT Pasir Gudang dibina di atas tapak seluas 14.8 ekar dengan keluasan masjid 900 meter persegi.
Pada mulanya sebuah balai masjid yang boleh memuatkan 300 orang turut dibina di dalam kawasan masjid bagi memudahkan penganjuran pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah, kursus keagamaan dan kelas-kelas fardu ain yang melibatkan penyertaan seluruh masyarakat Islam di Pasir Gudang. Namun begitu, balai tersebut telah kini telah dijadikan tapak Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang. Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang pernah memenangi Anugerah Landskap Halaman Cantik Negeri Johor bagi tahun 1993, 1994, 1997 dan 2001 bagi Kategori Masjid.